Terma dan Syarat Peraduan SultanXRodeo Snap&Menang
Penganjur & Kelayakan
- "Peraduan Sultan X Rodeo Snap & Menang” dianjurkan oleh ERA Bayam Kota Sdn Bhd (No. Syarikat 472357-P) ("ERA Foods MY") di Facebook & Instagram.
- Peraduan ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang menetap di Semenanjung Malaysia (tidak terbuka kepada mereka yang menetap di Sabah & Sarawak). Sebarang penyertaan yang dihantar oleh peserta yang tidak memenuhi syarat ini akan dianggap tidak sah.
- Pekerja ERA, rakan niaga, rakan kolaborasi, agensi dan ahli keluarga terdekat tidak layak mengambil bahagian dalam peraduan ini.
Tempoh Peraduan
- Peraduan bermula pada 15 Ogos 2022 dan berakhir pada 15 November 2022 jam 11.59 malam. Semua penyertaan yang diterima selepas tempoh peraduan tidak akan diterima.
- Peraduan ini hanya sah di platform media sosial ERA Foods MY:
https://facebook.com/EraFoodsMY/
https://www.instagram.com/erafoodsmy/
Cara Untuk Mengambil Bahagian
Langkah 1: Peserta hendaklah like/follow halaman Facebook/Instagram rasmi ERA:
https://facebook.com/EraFoodsMY/
https://www.instagram.com/erafoodsmy/
Langkah 2: Peserta hendaklah menangkap gambar kereta SULTAN X RODEO yang ditemui.
Langkah 3: Peserta perlu memuat naik gambar dan kapsyen yang kreatif di feed akaun media sosial sendiri, tag @ERAFoodsMY, dan sertakan hashtag #BasmathiUntukSemua #EraMerdeka65
Langkah 4: Peserta perlu pastikan akaun sosial media ditetapkan kepada umum (public).
Langkah 5: Peserta perlu membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan di dalam Nota ini.
Butiran Hadiah
- Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan sepanjang tempoh Peraduan. Walau bagaimanapun, satu (1) peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah Utama dan/atau satu (1) Hadiah Saguhati.
- ERA memegang hak untuk menolak sebarang penyertaan mengikut budi bicara mutlaknya tanpa perlu memberi apa-apa alasan. Pembatalan penyertaan akan dikira bermula dari tarikh pengumuman nama-nama pemenang pada pos peraduan sehingga setahun.
- Semua keputusan ERA berhubung dengan Peraduan ini adalah muktamad dan konklusif. Para peserta mesti bersetuju untuk mematuhi keputusan ERA berkenaan semua aspek yang berkaitan dengan Peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk tidak mencabar dan/atau membantah sebarang keputusan yang dibuat oleh ERA berkaitan dengan Peraduan.
- Jika para peserta tidak memberi maklum balas dalam tempoh tiga (3) hari selepas dihubungi, gagal mengambil bahagian atas sebarang sebab, atau tidak mematuhi terma dan syarat, penyertaan peserta tersebut akan dibatalkan, dan pihak penganjur berhak untuk memilih peserta lain sebagai pemenang. Pemenang tersebut akan dihubungi melalui ruangan komen post tersebut.
- Pemenang dikehendaki untuk PM maklumat mereka selepas 3 hari pengumuman dibuat. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:-
-
- Nama seperti dalam Kad Pengenalan:
- Nombor Kad Pengenalan:
- Nombor Telefon:
- Emel:
- Alamat Penghantaran:
6. ERA akan memilih pemenang yang bertuah dengan memberikan hadiah seperti berikut:-
Jenis Hadiah | Unit Setiap Pemenang |
Hadiah Utama (Bekalan Setahun: 1 Pemenang) |
12 x 5KG Beras ERA Sultan Basmathi |
Hadiah Saguhati September: 10 Pemenang |
1 x 5KG Beras ERA Sultan Basmathi |
Hadiah Saguhati Oktober: 10 Pemenang |
1 x 5KG Beras ERA Sultan Basmathi |
Hadiah Saguhati November: 10 Pemenang |
1x 5KG Beras ERA Sultan Basmathi |
7. Hadiah akan dipos keluar mengikut jadual di atas dan akan dihantar ke alamat yang diberi oleh para pemenang. Setelah ‘tracking number’ diberi kepada para pemenang, ERA tidak lagi bertanggungjawab atas hadiah tersebut. Para pemenang boleh menghubungi syarikat penghantaran untuk segala pertanyaan berkenaan hadiah tersebut.
Pengumuman Pemenang | Tempoh Penghantaran Hadiah |
September 2022 | Oktober 2022 |
Oktober 2022 | November 2022 |
November 2022 | Disember 2022 |
8.ERA mempunyai hak untuk menukar mana-mana Terma dan Syarat yang terkandung di dalam Nota ini mengikut budi bicara mutlaknya tanpa perlu memberi apa-apa alasan.
9.Peraduan ini tidak ada kaitan dengan Facebook.