Terma dan Syarat Peraduan #KiraDanMenangERA
Penganjur & Kelayakan
1)"Peraduan Kira dan Menang ERA” dianjurkan oleh ERA Bayam Kota Sdn Bhd (No. Syarikat 472357-P) ("ERA Foods MY") di Facebook & Instagram.
2)Peraduan ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang menetap di Semenanjung Malaysia (tidak terbuka kepada mereka yang menetap di Sabah & Sarawak). Sebarang penyertaan yang dihantar oleh peserta yang tidak memenuhi syarat ini akan dianggap tidak sah.
3)Pekerja ERA, rakan niaga, agensi dan ahli keluarga terdekat tidak layak mengambil bahagian dalam peraduan ini.
Tempoh Peraduan
1)Peraduan bermula pada 15 June 2021 dan berakhir pada 21 June 2021 jam 11.59 malam. Semua penyertaan yang diterima selepas tempoh peraduan tidak akan diterima.
2)Peraduan ini hanya sah di platform media sosial ERA Foods MY:
https://facebook.com/EraFoodsMY/
https://www.instagram.com/erafoodsmy/
Cara Untuk Mengambil Bahagian
Langkah 1: Peserta hendaklah like/follow halaman Facebook/Instagram rasmi ERA:
https://facebook.com/EraFoodsMY/
https://www.instagram.com/erafoodsmy/
Langkah 2: Peserta hendaklah like pada post peraduan.
Langkah 3: Peserta perlu menjawab jumlah produk ERA di dalam video
Peraduan Kira dan Menang ERA di bahagian komen.
Langkah 4: Peserta perlu tag 3 rakan Facebook/Instagram dan sertai #PeraduanKiraDanMenangERA #ERAFoodsMY
Langkah 5: Peserta perlu membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan di dalam Nota ini.
Butiran Hadiah
1)ERA akan memilih 8 yang bertuah.
2)Setiap pemenang akan memenangi bekas makanan berjenama “Tupperware” yang bernilai RM100.
3)Setiap orang hanya layak untuk memenangi hadiah (1) kali sahaja.
4)ERA memegang hak untuk menolak sebarang penyertaan mengikut budi bicara mutlaknya tanpa perlu memberi apa-apa alasan. Pembatalan penyertaan akan dikira bermula dari tarikh pengumuman nama-nama pemenang pada pos peraduan sehingga setahun.
5)Semua keputusan ERA berhubung dengan Peraduan ini adalah muktamad dan konklusif. Para peserta mesti bersetuju untuk mematuhi keputusan ERA berkenaan semua aspek yang berkaitan dengan Peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk tidak mencabar dan/atau membantah sebarang keputusan yang dibuat oleh ERA berkaitan dengan Peraduan.
6)Jika para peserta tidak memberi maklum balas dalam tempoh tiga (3) hari selepas dihubungi, gagal mengambil bahagian atas sebarang sebab, atau tidak mematuhi terma dan syarat, penyertaan peserta tersebut akan dibatalkan, dan pihak penganjur berhak untuk memilih peserta lain sebagai pemenang. Pemenang tersebut akan dihubungi melalui ruangan komen post tersebut.
7)Pemenang dikehendaki untuk PM maklumat mereka selepas 3 hari pengumuman dibuat. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
Nama seperti dalam Kad Pengenalan:
Nombor Kad Pengenalan:
Nombor Telefon:
Emel:
Alamat Penghantaran:
8)Hadiah akan dipos keluar sebelum akhir bulan Julai 2021 dan akan dihantar ke alamat yang diberi oleh para pemenang. Setelah ‘tracking number’ diberi kepada para pemenang, ERA tidak lagi bertanggungjawab atas hadiah tersebut. Para pemenang boleh menghubungi syarikat penghantaran untuk segala pertanyaan berkenaan hadiah tersebut.
9)ERA mempunyai hak untuk menukar mana-mana Terma dan Syarat yang terkandung di dalam Nota ini mengikut budi bicara mutlaknya tanpa perlu memberi apa-apa alasan.
10)Peraduan ini tidak ada kaitan dengan Facebook.