Terma dan Syarat Masak Bersama DapurERA & Raffie Yusoff

Penganjur & Kelayakan

1) "Peraduan #MasakBersamaDapurERA & Raffie Yusoff” dianjurkan oleh ERA  Bayam Kota Sdn Bhd (No. Syarikat 472357-P) ("ERA Foods MY") dengan kolaborasi bersama Raffie Yusoff di Instagram.

2) Peraduan ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang menetap di Semenanjung Malaysia (tidak terbuka kepada mereka yang menetap di Sabah & Sarawak). Sebarang penyertaan yang dihantar oleh peserta yang tidak memenuhi syarat ini akan dianggap tidak sah. 

3) Pekerja ERA, rakan niaga, agensi dan ahli keluarga terdekat tidak layak mengambil bahagian dalam peraduan ini.

Tempoh Peraduan

1) Peraduan bermula pada 15 Oktober 2020 dan berakhir pada 14 Januari 2021 jam 11.59 malam. Semua penyertaan yang diterima selepas tempoh peraduan tidak akan diterima.

2) Peraduan ini hanya sah di platform media sosial Raffie Yusoff

Cara Untuk Mengambil Bahagian

Langkah 1: Peserta hendaklah like dan follow halaman Facebook dan Instagram rasmi ERA: 

Langkah 2: Peserta hendaklah like pada post video masakan #MasakBersamaDapurERA & Raffie Yusoff.

Langkah 3: Peserta perlu jawab soalan di post peraduan di Instagram Raffie Yusoff. Peraduan akan dijalankan untuk setiap episod, dan setiap episod mempunyai tempoh yang berbeza seperti berikut:

  • Episod 1: 15 Oktober 2020 – 18 Oktober 2020
  • Episod 2: 29 Oktober 2020 – 1 November 2020
  • Episod 3: 12 November 2020 – 15 November 2020
  • Episod 4: 26 November 2020 – 29 November 2020
  • Episod 5: 10 Disember 2020 – 13 Disember 2020
  • Episod 6: 24 Disember 2020 – 27 Disember 2020
  • Episod 7: 7 Januari 2021 – 10 Januari 2021

Langkah 4: Peserta perlu membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan di dalam Nota ini.

Butiran Hadiah

1) ERA akan memilih tiga puluh lima (35) pemenang sahaja (5 pemenang untuk setiap episod).

2) Setiap pemenang akan mendapat RM50.

3) ERA memegang hak untuk menolak sebarang penyertaan mengikut budi bicara mutlaknya tanpa perlu memberi apa-apa alasan. Pembatalan penyertaan akan dikira bermula dari tarikh pengumuman nama-nama pemenang pada pos peraduan sehingga setahun.

4) Semua keputusan ERA berhubung dengan Peraduan ini adalah muktamad dan konklusif. Para peserta mesti bersetuju untuk mematuhi keputusan ERA berkenaan semua aspek yang berkaitan dengan Peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk tidak mencabar dan/atau membantah sebarang keputusan yang dibuat oleh ERA berkaitan dengan Peraduan. 

5) Jika para peserta tidak memberi maklum balas dalam tempoh tiga (3) hari selepas dihubungi, gagal mengambil bahagian atas sebarang sebab, atau tidak mematuhi terma dan syarat, penyertaan peserta tersebut akan dibatalkan, dan pihak penganjur berhak untuk memilih peserta lain sebagai pemenang. Pemenang tersebut akan dihubungi melalui direct message Instagram atau di ruangan komen post peraduan tersebut.

6) Pemenang dikehendaki untuk PM maklumat mereka selepas 3 hari pengumuman dibuat. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Nama seperti dalam IC
  • Nombor IC 
  • Nombor telefon 
  • Emel
  • Nama Bank & Nombor Akaun Bank
  • Alamat rumah

7) Hadiah wang tunai sebanyak RM50.00 tidak boleh dipindah milik. Pemenang harus memberikan maklumat bank atas nama sendiri. Hadiah wang tunai tersebut akan dibuat secara Online Transfer.

8) ERA mempunyai hak untuk menukar mana-mana Terma dan Syarat yang terkandung di dalam Nota ini mengikut budi bicara mutlaknya tanpa perlu memberi apa-apa alasan.

9) Peraduan ini tidak ada kaitan dengan Facebook.