Terma & Syarat Peraduan Menangi Chill Freez Tupperware

Penganjur & Kelayakan

1) "Peraduan Menangi Chill Freez Tupperware” dianjurkan oleh ERA  Bayam Kota Sdn Bhd (No. Syarikat 472357-P) ("ERA Foods MY"). 

2) Peraduan ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang menetap di Semenanjung Malaysia (tidak terbuka kepada mereka yang menetap di Sabah & Sarawak). Sebarang penyertaan yang dihantar oleh peserta yang tidak memenuhi syarat ini akan dianggap tidak sah. 

3) Pekerja ERA, rakan niaga, agensi dan ahli keluarga terdekat tidak layak mengambil bahagian dalam peraduan ini.

Tempoh Peraduan

Peraduan bermula pada 7 Disember 2020 dan berakhir pada 14 Disember 2020 jam 11.59 malam. Semua penyertaan yang diterima selepas tempoh peraduan tidak akan diterima.

Cara Untuk Mengambil Bahagian

Langkah 1: Peserta hendaklah like dan follow halaman Facebook ERA.

Langkah 2: Peserta hendaklah like pada post "Peraduan Menangi Chill Freez Tupperware” 

Langkah 3: Peserta perlu tag tiga (3) rakan mereka di ruangan komen 

Langkah 4: Peserta perlu membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan di dalam Nota ini.

Butiran Hadiah

1) ERA akan memilih lima (5) pemenang sahaja.

2) Setiap pemenang akan mendapat satu (1) set Chill Freez Tupperware. Setiap set terdiri daripada lapan (8) Tupperware yang boleh dikongsi bersama tiga (3) rakan mereka (pembahagian set hadiah Tupperware ini adalah mengikut budi bicara peserta dan rakan mereka. Pihak ERA tidak akan terlibat dalam pembahagian hadiah ini.)

3) ERA memegang hak untuk menolak sebarang penyertaan mengikut budi bicara mutlaknya tanpa perlu memberi apa-apa alasan. Pembatalan penyertaan akan dikira bermula dari tarikh pengumuman nama-nama pemenang pada pos peraduan sehingga setahun.

4) Semua keputusan ERA berhubung dengan Peraduan ini adalah muktamad dan konklusif. Para peserta mesti bersetuju untuk mematuhi keputusan ERA berkenaan semua aspek yang berkaitan dengan Peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk tidak mencabar dan/atau membantah sebarang keputusan yang dibuat oleh ERA berkaitan dengan Peraduan. 

5) Jika para peserta tidak memberi maklum balas dalam tempoh tiga (3) hari selepas dihubungi, gagal mengambil bahagian atas sebarang sebab, atau tidak mematuhi terma dan syarat, penyertaan peserta tersebut akan dibatalkan, dan pihak penganjur berhak untuk memilih peserta lain sebagai pemenang. Pemenang tersebut akan dihubungi melalui personal message Facebook atau di ruangan komen post peraduan tersebut.

6) Pemenang dikehendaki untuk PM maklumat mereka selepas 3 hari pengumuman dibuat. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Nama seperti dalam IC
  • Nombor IC 
  • Nombor telefon 
  • Emel
  • Alamat rumah

7) Hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar kepada wang tunai. 

8) ERA mempunyai hak untuk menukar mana-mana Terma dan Syarat yang terkandung di dalam Nota ini mengikut budi bicara mutlaknya tanpa perlu memberi apa-apa alasan.

9) Peraduan ini tidak ada kaitan dengan Facebook.