Nasi Goreng Cheezy Seafood Bakar
Bahan-bahan:
2 cawan Beras Nagasari Super Import ERA, dicuci
2 cawan air
4 sudu besar Minyak Masak
4 ulas bawang putih, dicincang halus
80 gram sotong, dipotong cincin
80 gram udang, dibuang kulit
100 gram mussels, dicuci
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 cawan keju (pizza topping, shredded)
Sedikit daun bawang untuk hiasan
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan beras dan air ke dalam periuk nasi dan masak seperti nasi biasa, biarkan sejuk
- Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga harum
- Masukkan sotong, udang, dan mussels. Goreng sehingga separuh masak
- Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, dan serbuk pati ayam. Kacau rata
- Masukkan nasi yang telah disejukkan tadi, kacau rata sehingga masak
- Masukkan nasi goreng ke dalam ramekin dan taburkan keju di bahagian atas
- Bakar di dalam oven (api atas sahaja) pada suhu 180 darjah celcius selama 15-20 minit
- Taburkan hirisan daun bawang, dihidangkan ketika panasada suhu 190 darjah celcius selama 20-25 minit, atau sehingga keju perang keemasan. Sedia dihidangkan ketika panas