Ramadan Lebih Menyerlah dengan Kotak Misteri ERA

23rd April 2021

Tradisi memberi ERA sempena bulan Ramadan diteruskan lagi tahun ini, dalam Cabaran Ramadan ERA dengan sumbangan barangan keperluan bernilai RM15,000. Bezanya kali ini, ERA ingin mengajak anda sama-sama membantu menamakan rumah-rumah kebajikan dari seluruh Semenanjung Malaysia yang anda fikirkan wajar menerima bantuan tersebut, di laman Facebook dan Instagram ERA.

Prosesnya cukup menarik. 15 personaliti internet akan menerima sebuah kotak misteri daripada ERA, yang mengandungi cabaran untuk memasak juadah berbuka puasa. Tetapi, mereka cuma dibenarkan memasak dengan Beras Sultan Basmathi ERA, serta bahan-bahan yan terkandung di dalam kotak tersebut! Selesai sahaja memasak, mereka akan memilih pula 15 rumah kebajikan daripada senarai yang anda calonkan tadi, secara rawak. 

Kotak-kotak misteri ini kemudiannya akan dihantar ke rumah-rumah kebajikan yang terpilih, dengan kerjasama Malaysia Outreach Volunteer Experience (MOVE). Menarik bukan? Jadi jangan lupa mainkan peranan anda, dan bantu kami untuk bantu mereka!

Selain itu, sebagai menghargai sokongan anda semua, ERA menawarkan duit raya berjumlah RM20,000 dalam Peraduan Kotak Misteri ERA. Peraduan ini akan berlangsung mulai 13 April hingga 6 Mei 2021, dengan 4 tema mingguan. Pemenang-pemenang yang bertuah pula akan diumumkan setiap minggu – dan anda mungkin salah seorang daripada mereka!

Untuk ketahui lebih lanjut tentang kempen dan peraduan ini, ikuti @ERAFoodsMy di laman Facebook serta Instagram. Jangan lupa aktifkan notifikasi, dan kongsikan berita baik ini dengan orang-orang yang tersayang, kerana ERA Enak Dinikmati Bersama!