Selamat Tahun Baru!
1st January 2020
2019 merupakan tahun yang tidak dapat kami lupakan, dan kami harap anda juga rasa begitu! April 2019, ERA dilancarkan di seluruh Malaysia dan kami menerima sambutan yang memberangsangkan! Kami juga lebih aktif di platform media social. Di laman Facebook sahaja kami telah menerima lebih 11,000 likes dan lebih 1,500 followers di laman Instagram, dan kami berharap untuk kembangkan lagi kehadiran kami dalam menjadi salah satu jenama produk yang dipercayai oleh setiap keluarga di Malaysia.
Kami sangat gembira dengan sambutan hangat yang telah diberikan pada tahun 2019, dan semestinya banyak perkara yang sedang kami rancang untuk anda tahun 2020 ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda yang sangat tidak berbelah bahagi dan pastikan anda sentiasa bersama kami di laman Facebook dan Instagram kami untuk alami yang lebih menarik di 2020!