Ramadan: Bulan Memberi Bersama JAWI

30th April 2019

Bulan Ramadan merupakan antara bulan yang cukup sinonim dengan amalan bersedekah. Rata-rata umat Islam seluruh dunia umumnya, dan di Malaysia khasnya, berlumba-lumba untuk meningkatkan amalan pada bulan yang penuh keberkatan ini, bagi beroleh ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. 

Ramadan: Bulan Memberi Bersama JAWI

Ramadan 2019 mencatat sejarah tersendiri buat ERA, apabila diberi peluang menginfakkan sejumlah beras kepada golongan yang memerlukan di sekitar Kuala Lumpur. Program ini asalnya diinspirasikan daripada inisiatif JAWI yang telah menempatkan sebuah ‘mesin ATM beras’ di Masjid Al-Akram, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Ramadan: Bulan Memberi Bersama JAWI

Dengan kerjasama JAWI juga, sebanyak 4,000 kampit beras ERA 5kg telah berjaya diagihkan ke masjid-masjid sekitar ibu kota. Mencapai jumlah berat 20,000 kilogram, bekalan ini dijangka dapat memanfaatkan beribu keluarga sepanjang bulan puasa, sekaligus membantu meringankan beban umat Islam bagi menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna.

Ramadan: Bulan Memberi Bersama JAWI

Program ini menjadi testimoni kepada dedikasi pihak ERA untuk berkongsi makanan berkualiti kepada seramai mungkin rakyat Malaysia. Menepati slogan “Enak Dinikmati Bersama”, kami amat berharap agar aktiviti ini dapat terus menjadi tradisi bagi tahun-tahun yang mendatang.