Chef Cilik Danish Harraz Beraksi di #DapurERA
6th September 2019
ERA meneruskan kerjasama dengan selebriti terkenal tanahair dalam memastikan jenama ERA semakin diterima di seluruh negara. Terbaru, kami telah berpeluang bekerjasama dengan seorang kanak-kanak berbakat besar – Chef Cilik Danish Harraz.
Jika dilihat pada kebolehannya memasak sambil berceloteh persis chef selebriti profesional, pasti ramai yang tak menyangka bahawa beliau cuma berusia 12 tahun. Lebih gemar membahasakan dirinya sebagai Abang Danish, beliau telah mula berjinak-jinak ke dapur seawal usia 7 tahun. Selain mahir memasak dan memiliki perniagaan kuih dan kek, sifat dermawan Danish juga menjadi bualan ramai menerusi beberapa program kebajikan yang dianjurkan olehnya sendiri pada usia yang sebegitu muda.
Dalam kempen #DapurERA ini, kami telah bekerjasama dengan Danish menerusi dua fasa.
Fasa pertama iaitu Peraduan Masak Dan Menang Bersama #DapurERA memberi peluang kepada para pengguna untuk memenangi produk ERA dan peralatan dapur jenama TEFAL. Dalam fasa ini, Danish terlebih dahulu berkongsi satu resipi baru yang dinamakan Rice Chicken Patties, sebelum mengajak para pengguna mencipta resipi baru berasaskan beras untuk layak menyertai peraduan.
Peraduan ini telah berjaya menarik lebih seratus penyertaan sebelum akhirnya berpihak kepada 6 pemenang, yang dipilih berdasarkan kreativiti mereka dalam menghasil dan menamakan resipi, serta mengambil gambar masakan mereka.
Dalam fasa kedua pula, Danish turut menampilkan ibu angkatnya sendiri iaitu Puan Adilah, beraksi dengannya di dapur dengan gaya “back to back”. Dengan hanya berpandukan resipi lisan, Puan Adilah perlu menghasilkan hidangan yang sama seperti Danish, iaitu Cheesy Beef Rice Balls, pada masa yang sama.
Gelagat dan kemahiran Danish di dapur ternyata mendapat komen positif daripada pelbagai pihak, membuktikan bahawa kerjasama ini telah berjaya memenuhi objektif-objektif utama kempen #DapurERA ini, iaitu:
- Menghubungkan ERA dengan seisi keluarga pengguna, terutamanya kaum ibu
- Menunjukkan bahawa produk-produk ERA adalah mudah digunakan dan sesuai untuk semua
Kami di ERA amat berbangga dapat melihat sendiri bakat dan potensi Danish Harraz, serta amat berbesar hati dapat meminjam aura hebat beliau bagi kempen ini.
Terima kasih, Danish.
Selamat maju jaya dalam apa jua yang Danish lakukan.