Terms and Conditions Pakat Beli & Menang Umrah

Penganjur & Kelayakan

1. Peraduan Pakat Beli & Menang Era” dianjurkan oleh ERA Bayam Kota Sdn Bhd (No. Syarikat 472357-P) ("ERA Foods MY"). 

2. Peraduan ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang menetap di kawasan Pantai Timur Malaysia sahaja seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang (tidak terbuka kepada negeri-negeri lain termasuk Sabah & Sarawak). Sebarang penyertaan yang dihantar oleh peserta yang tidak memenuhi syarat ini akan dianggap tidak sah. 

3. Hanya penyertaan dari peserta yang berusia lapan belas (18) tahun dan ke atas akan diambil kira sebagai layak dari permulaan Tempoh Peraduan. 

4. Pekerja ERA Bayam Kota Sdn Bhd (ERA), pekerja Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS), Kumpulan Albukhary atau anak-anak syarikat berkaitan, rakan niaga, rakan kolaborasi, agensi dan ahli keluarga terdekat tidak layak mengambil bahagian dalam peraduan ini.

Tempoh Peraduan

1. Peraduan bermula pada 15 November 2022 dan berakhir pada 15 Februari 2023 jam 11.59 malam. Semua penyertaan yang diterima selepas tempoh peraduan tidak akan diterima.

Cara Untuk Mengambil Bahagian

Terdapat dua kategori, iaitu Kategori CABUTAN BERTUAH dan Kategori KESELURUHAN. 

Untuk kategori CABUTAN BERTUAH

Langkah 1: Sebanyak 50,000 sampel Beras Cap Sinar Timur seberat 400gram akan diedarkan secara percuma di sekitar Kota Bharu, Kelantan dalam BROSUR kami. Simpan BROSUR ini untuk tujuan menebus hadiah cabutan bertuah, sekiranya terpilih.   

Langkah 2: Imbas Kod QR pada BROSUR yang terdapat dalam pek Beras Cap Sinar Timur untuk berhubung dengan aplikasi WhatsApp kami. 

Langkah 3: Jawab soalan mudah, isi dan hantarkan butir-butir lengkap peribadi yang diminta ke nombor WhatsApp tersebut.

Langkah 4: Kemukakan BROSUR yang anda terima, sebagai bukti ketika menebus hadiah cabutan bertuah nanti.   

Untuk Kategori KESELURUHAN 

Langkah 1: Ambil gambar resit pembelian Beras Cap Sinar Timur berserta butir peribadi (tuliskan nama anda dan nombor kad pengenalan atas resit tersebut). 

Langkah 2: Hantarkan ke nombor Whatsapp kami, +6011 5623 6480 dan jawab soalan mudah.  

Langkah 3 : Kemukakan RESIT sebagai bukti ketika menebus hadiah cabutan bertuah nanti. 

Butiran Hadiah

1. Untuk kategori KESELURUHAN, peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan sepanjang tempoh Peraduan. Walau bagaimanapun, satu (1) peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah SAHAJA. 

2. Untuk kategori CABUTAN BERTUAH, penyertaan hanya terbuka untuk satu (1) isi rumah (alamat) SAHAJA. Keputusan cabutan bertuah akan diumumkan dua (2) minggu selepas tarikh kempen berakhir.

3. ERA memegang hak untuk menolak sebarang penyertaan mengikut budi bicara mutlaknya tanpa perlu memberi apa-apa alasan. 

4. Semua keputusan ERA berhubung dengan Peraduan ini adalah muktamad dan konklusif. Para peserta mesti bersetuju untuk mematuhi keputusan ERA berkenaan semua aspek yang berkaitan dengan Peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk tidak mencabar dan/atau membantah sebarang keputusan yang dibuat oleh ERA berkaitan dengan Peraduan.

5. Senarai pemenang akan diumumkan di laman media sosial kami (Facebook & Instagram). Para pemenang juga akan dihubungi melalui telefon dan Whatsapp.

6. Pemenang dikehendaki untuk memberikan maklumat mereka melalui Whatsapp dalam tempoh tiga (3 hari) setelah dihubungi penganjur. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:-

Nama seperti dalam Kad Pengenalan:

Nombor Kad Pengenalan:

Nombor Telefon: 

Emel:

Alamat Penghantaran:

7. Jika para peserta tidak memberi maklum balas dalam tempoh tiga (3) hari selepas dihubungi, penyertaan peserta tersebut akan dibatalkan. 

8 . ERA akan memilih  pemenang yang bertuah dengan memberikan hadiah seperti berikut:-

Jenis Hadiah  Unit Setiap Pemenang 
Hadiah Utama Pakej Umrah bernilai RM16,000* untuk dua (2) orang 
Hadiah Kedua  Telefon Pintar OPPO untuk dua (2) pemenang 
Hadiah Saguhati Bacuar Saguhati Sebanyak RM100 untuk 10 orang 
Hadiah Cabutan Bertuah***Pakej  Baucar Tunai Bernilai RM50

**Hadiah Cabutan Bertuah. Untuk 100 pemenang. Terhad kepada 5,000 penyertaan terawal satu (1) isi rumah (alamat) SAHAJA.   

9. * Hadiah Utama 

Nilai baucar pakej umrah ini bernilai RM16,000. Baucar ini sah sehingga 29 Februari 2024 sahaja. Sebarang bayaran tambahan hendaklah ditanggung oleh penama baucar sekiranya kos pakej melebihi nilai baucar.

Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 90 hari sebelum tarikh perjalanan dan tiada pindaan boleh dibuat selepas itu.

 ERA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesulitan atau masalah yang dihadapi pemenang utama. 

Untuk sebarang pengesahan dan penerangan berkenaan hadiah utama, pemenang hadiah utama dinasihati berhubung terus dengan:

TH Travel & Services Sdn Bhd.

Level 25, Menara TH Selborn, 153 Jalan Tun Razak,

50400 Kuala Lumpur.

Telefon : 03-2688 0019 / 013- 206 3076 (Hjh Nor Majidah)

Email : normajidah@thts.com.my  / sales@thts.com.my

Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 90 hari sebelum tarikh perjalanan dan tiada pindaan boleh dibuat selepas itu.

 ERA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesulitan atau masalah yang dihadapi pemenang utama. 

Untuk sebarang pengesahan dan penerangan berkenaan hadiah utama, pemenang hadiah utama dinasihati berhubung terus dengan:

TH Travel & Services Sdn Bhd.

Level 25, Menara TH Selborn, 153 Jalan Tun Razak,

50400 Kuala Lumpur.

Telefon : 03-2688 0019 / 013- 206 3076 (Hjh Nor Majidah)

Email : normajidah@thts.com.my  / sales@thts.com.my

10. Hadiah akan dipos keluar mengikut jadual di atas dan akan dihantar ke alamat yang diberi oleh para pemenang. Setelah ‘tracking number’ diberi kepada para pemenang, ERA tidak lagi bertanggungjawab atas hadiah tersebut. Para pemenang boleh menghubungi syarikat penghantaran untuk segala pertanyaan berkenaan hadiah tersebut.

11. Jika sesuatu hadiah yang dinyatakan tidak dapat disediakan hasil daripada keadaan-keadaan yang tidak dapat dijangkakan atau dielakkan, ERA boleh menggantikan hadiah tersebut dengan hadiah yang hampir serupa atau dengan hadiah yang lain bernilai sama mengikut budi bicara mutlak ERA.

12. Melainkan dinyatakan sebaliknya, untuk sebarang hadiah perjalanan yang membabitkan penerbangan, kelas perjalanan adalah kelas ekonomi.

13. ERA berhak untuk menerbitkan, menyiarkan atau selainnya mendedahkan nama seseorang pemenang atau nama seseorang pesaing, perwatakan, perilaku, kenyataan atau apa-apa rakaman suara yang terbabit dalam pengiklanan atau aktiviti-aktiviti promosi yang melibatkan peraduan yang dimenangi, atau peraduan-peraduan ERA secara amnya. 

14. ERA berhak untuk mempromosikan atau mengiklankan seseorang pemenang dalam sesuatu peraduan, dalam mana-mana bentuk termasuk bentuk bertulis, audio, visual, video, dan/atau rakaman filem.

15. ERA berhak untuk menggunakan material tersebut dalam apa jua medium dan dalam apa jua cara yang munasabah yang difikirkan perlu. Hak cipta material-material tersebut di dalam ini juga adalah hak milik ERA semata-mata.

16. Para pemenang adalah dengan ini bersetuju bahawa penggunaan nama mereka untuk tujuan pengiklanan, perniagaan atau promosi oleh ERA tanpa sebarang pampasan tambahan.

17. Dengan menyertai peraduan ini, semua peserta memberikan persetujuan penuh kepada ERA untuk menggunakan data peribadi yang diperoleh, untuk tujuan pengiklanan, promosi, pengkomersilan atau/dan lain-lain tujuan yang tertera/tidak tertera dalam terma dan syarat peraduan ini. 

18. Sekiranya para peserta ingin menarik balik persetujuan perkongsian data peribadi, atau mempunyai soalan dan aduan, anda boleh menghubungi kami di:

Era Bayam Kota Sdn Bhd

(No. 199801016228 & No. 472357-P)

1st Floor, 3 Jalan Majistret,

U1/26, Hicom Glenmarie Industrial Park,

40150 Shah Alam, Selangor.

Tel: 03-55694374

hubungi.era@erabk.com

19. ERA mempunyai hak untuk menukar mana-mana Terma dan Syarat yang terkandung di dalam Nota ini mengikut budi bicara mutlaknya tanpa perlu memberi apa-apa alasan.